Friday, June 19, 2009

Wednesday, May 20, 2009


Dulu kala...

"Tak kan melayu hilang di dunia" - Hang Tuah

Zaman pembangunan......

"Melayu Mudah Lupa" - datuk seri dr mahathir


Sekarang.....

Melayu.... hanya nama pada baju - AKU KATA

ha.. ha.. ha.. Polis , JPJ..
ha..he.. he.. he.. ahli-ahli politik , badan-badan kerajaan , ketua kampung,
hehehehe... mat rempit, budak bawah umur yang masih bersekolah, orang biasa,
hahaha... rakyat-rakyat , kebanyakan , kebanyakan nyer...
ramai lagi la.... yang kebanyakan nyer....
hahahahahahahahahahahahahahahahaha......
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkah...
hahahahahahahahahahahahahahahaahahahahaaha...
kahkahkahkahkahkahkahkah....hehehehehehehehehe..
hehuhehuhehuhehuhehuhehuhehuhehuhehuhehu...
kahkahkahkahkahkahkahkahkah...

Wednesday, May 13, 2009

Yang tinggi dijunjung..
Lagi dijinjing...
Yang rendah diperendahkan...
Lagi dipijaknya kepala....

Ingat!!!!

Dalam kepandaian ada kebodohan....
Dalam kebodohan ada kepandaian.....

Monday, May 11, 2009

Di Minute Mesyuarat

Disebelah kanan ku penuh
dengan Diskriminasi...
Dihadapan ku pula penuh
dengan Hipokrit...

Lantas sekeliling penuh dengan bahaya....

Tuesday, May 5, 2009

Punk dalam diri kita


"Punk" satu definisi yang tidak semestinya perlu berambut pacak ( mohawk ) dan dicolourkan yang setiap colour yang diwarnakan itu membawa maksud tersendiri, tidak semestinya perlu berspike, memakai kasut boot, braches dan lain-lain lagi yang dikatakan dan dikaitkan dengan tamadun punk baik fesyen mahupun tingkah laku turut juga dan selaras denganpemikiran dan ideologi ( purist ). "Punk" ada di dalam setiap diri manusia. mengapa aku mengata kan begitu? kalau diikutkan akal logika pemikiran, aku melihat dan memadang melaluai sudut gerakan ini lebih kepada sifat ketidakpuasan hati dan juga mempunyai sifat memberontak yang cukup kuat sebagai definisi Punk. Rasanya semua manusia mempunyai kedua-dua sifat ini dalam diri masing-masing. semua manusia di muka bumi ini boleh di difinisikan sebagai punk kerana mempunyai kedua-dua sifat itu tadi. sebagai contoh saya ambil daripada bekas PM kita TAN SRI DR MAHATHIR, Beliau... pernah mengatakan "PUNK BODOH" ketika isu punk dulu hangat diperkatakan di negara kita. Dalam sedar tak sedar melaluai kata-kata beliau telah menunjukkan sifat ketidakpuasan hati beliau terhadap terhadap golongan punk ini menjurus menunjukkan sikap Punk yang ada pada beliau. Sebagai contoh lagi.. band Hujan ( maaf kerana kaitkan dengan band ini sebagai contoh dalam isu ini kerana band ini yang terhangat ketika ditulis artikel ini di dalam buku notes aku )
kemungkinan semua sudah sedia maklum dengan muzik dari golongan bebas yang mereka mainkan. mereka juga dapat menarik perhatian pendengar arus perdana yang mungkin rata-ratanya buta muzik, tidak mengenal erti sebenarnya muzik itu, dan Hujan juga telah menambahkan lagi kelompok-kelompok peminat muzik indepedent ( bebas ). ada diantara lagu mereka juga mempunyai unsur-unsur punk... kepada yang buta muzik tidak perlu terkejut. cthnya seprti lagu mereka yang bertajuk Empayar dan juga Ludah Amerika penuh dgn sifat ketidakpuasan hati dan mempunyai sifat memberontak ( kaji lirik lagu ini sekiranya masih terasa was-was ). cukup untuk ini saja lah aku ingin mengatakan Punk ada dalam setiap daripada diri kita. selebihnya terpulanglah pada anda memikirkannya sendiri dan menilai dari segala sudut dan aspek. banyak lagi contoh sebenarnya yang masih boleh dikaitkan dengan sifat punk ini di dalam diri manusia.


"Punk bukan saja datang dari barat, ok kalau kita lihat asal kita, sejarah kita, kita juga punyai perangai ( attitude ) punk atau lain-lain jenis berontak, seprti Hang Jebat. dia pun seorang yang berontak dan juga bersifat anarki."
( Papa mohawk, The Explored, THR Alternative Rock Station, 1996)


13.4.08

Monday, May 4, 2009

Tak berjudul

arghhh..
hidung berdarah lagi...
sakit.. sakit...
sakit hati bercampur sakit dalaman...

telah lama ku tahan....
kurus aku...
perit... peritnya....
barah....

arghhh...
hidung berdarah lagi...
sampai bila lagi perlu aku berselindung...
sampai hari ajal ku kah?

ini bukan gurauan...
itu bukannya permainan...
ianya bentuk kiasan
sebagai satu pengetahuan

curah.....
luah...
muntahkan...


Hanya pada mu yang SATU...
aku merayu...
berikan aku sedikit masa saja lagi
untuk habiskan mase bersama si dia..
yang ku agungkan selama ini...
izinkan aku tamat kan latihan ini bersama si dia
terlebih dahulu... sebelum aku pergi melangkah jauh...
kerana selepas ini tak mungkin lagi
akan ada peluang seperti ini....
sebelum hembusan nafas ku yang terakhir...

arghhhh..............
berdarah lagi.....

arghhhhhhhhhhhhhh!!!!


HAK KEBEBASAN BERSUARA
lakaran pen dakwat hitam.. secara xsengaja.. sekiranya diperhatikan dengan sepenuh perhatian
terdapat dua raut wajah manusia yang seakan-akan sedang derita..

Wednesday, April 29, 2009

Dialog babak seorang Bidadari dan aku


Dialog cinta sejati maha agung bermula....


Bidadari : kata orang cinta bagai taman disurga, kata olive cinta itu hadir cuma

sekali "it happen once n when it does, its for ever." kata orang lagi, hidup ini x

bermakna tanpa cinta. kata romeo & juliet, cinta adalah segalannya....

tapi kata na, cinta itu indah kalau kita pandai mencorakkannya..



Aku : sebak di dada

tiada siapa yang tahu

hati mula meronta-ronta

inginkan keinginan dikecapi

bagaimana hendak mencorakkannya

sehingga apa yang diimpikan

tercapai...


Bidadari : kenapa kita selalu leka,

Yang DIA selalu mendengar

lidah bermadah senyum pun terukir,

kenapa x digunakan untuk meminta padaNya

mata memandang hati mula berkata

seperti angin yang berlalu,

jangan dibiarkan ia juga perasaan itu

turut berlalu....



Aku : tidak pernah ku jemu meminta dari NYA...

meskipun hidup ini sering meredah onak-onak

dan liku-liku pahit getir kehidupan...

meskipun sering diabaikan....

meskipun takdir tidak memihak pada diri sendiri...

begitu juga diri ini tidak akan pernah jemu

untuk mencintai orang yang dicintai dengan

selubuk tulus keikhlasan

sedalam-dalam kejujurannya


Bidadari : sedih hati...

fikiran membelenggu..

aku dirantai dan dijerat si perindu,

bagaimana nak ku letakkan hati ini

untuk si perindu dan si pencinta yang setia?



Aku : si perindu ini juga seorang pencinta setia

kerna sanggup curahkan segalanya

cuma kekurangan memihak si perindu,

jika diikutkan si perindu yang patut

mengisi di hati...

( aku cuba buktikkan kesungguhannya... bukan omong2 kosong )



Bidadari : Indahnya perkenalan bersamamu..

hingga aku sendiri dibuai dan asyik

di dalam lautan kasih sayangmu,

rindumu tak pernah ku sangsi

tapi cyg....

maaf... dirimu bukan yang benar-benar

di hati untuk kali ini



Aku : Dua kekasih yang masing-masing punyai haluan..

mungkin bukan untuk kali ini mengisi isi hati mu..

tapi masa yang berlalu siapa yang sangka...

akan ku tetap terus setia menunggu mu..

walau mata ku rabak dibasahi tangisan

setelah sekian lama berhimpun untuk rebah mengalir...

AKU BERSUMPAH AKAN TERUS MENUNGGU SEBAGAI BUKTI

TANDA SETIA...



Bidadari : kaki mula melangkah,

tapi berhati...

takut tersandung atau tersilap arah...

cinta senang diberi tapi bukan mudah

menjadi cinta yang sejati dan abadi..

walaupun pahit, kita kena terima...

andai takdir bukan untuk kita,

ku pohon seribu pengharapan agar kau

sedia terima ketentuanNYA...



Aku : sejati dan abadi memang

tersemat dalam jiwa ini sejak azali..

alunan muzik yang ku bawakkan ini

menjadi saksi andainya dirimu bukan miliku..

tak akan ku mencari pengganti buat dirimu...



Bidadari : hidup bagaikan pelangi..

tiada penghujung, tiada pengakhir..

bagai angin.. sepintas ia berlalu..

mungkin begitu juga perasaanmu tika ini

izinkan aku menyimpan kenangan indah ini

menjadi kamus menemani diari hati ku..



Aku : alangkah indah nya lagi

sekiranya kita dapat bersama sepanjang hayat..

setiap titisan hujan yang berderai...

tak tekira setiap itu la cinta dan sayangku

terhadap dirimu....



berlaku pada suatu hari... melaluai SMS..
antara aku dan si dia...
gadis ayu yang ku sanjung tinggi dan puja hingga ke hari ini...
saat ini... waktu ini... ketika ini... masih lagi.... sampai bila-bila
(to be upgrade untuk dirasai keadaan sebenar pada ketika, perasaan)



Tuesday, April 28, 2009

Resah

Gelisah di hati hingga
membelenggu fikiran,
menanti saja apa yang
akan berlaku seterusnya

Jiwaku terus meronta
hingga menelusuk kalbu
fikiran terganggu resah
dengan seriban tanda tanya

Bilakah semua ini
akan berakhir
berertikan kebebasan dari
segala kekusutan jiwa


23 march

Time Dead

stars are born everyday at night sky...
day will be always succession...
everything is become shorter....
Time.... Elapse!!!
disaster... strangers.... happen....
why?

now is time to use a highest
generous gift!!!

is there time will
waiting for you
is there time will
waiting for us

everything is getting shorter....


Apabila bumi digegarkan dengan gegaran
sedahsyat-dahsyatnya
serta bumi itu mengeluarkan isinya
dan berkatalah manusia
"Apa yang sudah terjadi kepada bumi

( Ayat 3, Surah Az-zalzalah )

4.11.04 - 18.3.07




Monday, April 27, 2009

Tabii'yah

Is hard to say
A population of human being....
SCIENCE
Is that we are to needed ( not deny )
did Science give a
something scenically...
likes...
PYRAMID

Tabii'yah = Science

22/3/07

Sunday, April 26, 2009

Rasa ( 3 )

Jiwa berkarat...
Bergelodak...
Hancur...
Punah....
Musnah...
Rosak...
Berkecai...
Bersepah...
Bersampah...
Berderai...
Bergelorak Bergetar....

to be continue...

Mengejar Langit ( 2 )

Di manakah mula nya...
Di manakah pula penghujungnya...
Dimanakah harus ku mengorak
Langkah ku ini...
Untuk terus...
Terus mengejar Sang Langit Biru...
Berlari.. dan terus berlari...
Ku ingin berlari didampingi diri mu...
Akan ku bawa kemana saja...
Meredah segalanya...
Walau tinggi manapun...
Meskipun terpaksa terbang sekalipun...
Wahai Sang Langit Biru...
Akan ku terus Berlari mengejar
Keindahan di dalam ruangan Mu...
Biru warna kegemaran mu...

Mengejar Langit ( 1 )

Melihat ke langit
Terbayang segalanya tentang kita..
Terdetik di lubuk hati di selimutkan
Satu Keindahan
Walau jauh Manapun...
Tetap akan ku terus kejar
Berlari tanpa mengira arah
Walau jiwa ini terus meronta apabila...
Terkenangkan nasib kita

Se-Rupa

Tiba-tiba langkah ku terhenti...
Dalam perjalanan pulang dari
Tempat aku dibesarkan ke tempat
ku menimba ilmu...

Di atas sebuah jejantas,
Terlihat aku seorang Insan sang penghimbur..
Insan istimewa ini matanya tidak celik
duduk di atas bangku
sambil menghimburkan dengan gitar tong bewarna merah....

Dalam kebisingan, kesesakan, kisibukan
Ibu kota, lalu ku mematah kembali
Laluan ku kepada Insan istimewa tersebut...

Dia... juga sama seprti ku...
Dia... juga hamba kepada wang...
Seperti ku...
Juga sama seperti kita semua....


Stesyen Plaza Rakyat - Steyen UKM
11:29 pm 27/5/07

Rasa ( 2 )

Semuanya sudah tertulis...
Apa yang di inginkan di dunia yang serba indah ini,
tidak semuanya dikecapi,
Lumrah Kehidupan.....
Kala kadang.... Bumi yang luas ini
Boleh menyebabkan kelekaan,
Lupa pada diri sendiri....
Hilang kawalan diri....
Hanyut......

Rasa ( 1 )

Tiada yang dapat
Merasai apa yang dirasai
Melainkan hanya yang SATU

Kegembiraan hanya...
Seketika bertapak di luaran
Tidak di dalam

Rasa kehausan yang teramat sangat
Kerana kedahagaan....

Pencarian dan penantian
Untuk menghilangkan segala Kehausan Kedahagaan
masih di dalam sebuah
penantian... dan pencarian

Yang hanya tidak boleh diungkap
Melalui kata-kata